PENGENALAN
Dalam sistem gentian optic, ia membawa isyarat dalam bentuk pancran cahaya.Gentian ini sesuai digunakan bagi penghantaran pada jarak jauh. Gentian ini mempunyai kehilangan kuasa yang kurang. Terdapat tiga elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optic iaitu sumber cahaya (pemancar), gentian optic dan pengesan cahaya(penerima).
Makalumat seperti suara, gambar atau data perlu ditukar dalam bentuk penukar analog ke penukar digital. Bagi penghantaran jarak dekat yang dekat adalah denagan menggunakan LED dan pada jarak yang jauh menggunakan solid state laser. LED dan solid state laser digunakan bagi menukarkan data atau isyarat isyarat analog kepada bentuk cahaya.
Pada penerima, peranti kepekaan cahaya seperti photocell atau pengesan cahaya digunakan bagi mengesan cahaya dan ditukarkan ke isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut akan dikuatkan dan ditukarkan kebentuk digital oleh shaper. Penyahkod akan menukarkan isyarat digital kebentuk analog bagi mendapat isyarat yang sebenar. Bagi penghantaran yang jauh unit,unit pengulang perlu digunakan. Sistem perhubungan gentian optic digunakan dalam penyambungan komputer pada satu bangunan yang besar, kapal terbang dan juga kapal.
PERBEZAAN DENGAN SISTEM KABEL BIASA
Gentian optik digunakan secara meluas disebabkan kelebihannya berbandin dengan sistem perhubungan kabel biasa. Gentian ini bukan sahaja mempunyai kos yanag murah malah ianya menydiakan perkhidmatan yanag tidak terdapat dalam teknologi lain.
Di antara kebaikan gentian optic adalah lebar jalur yang luas, saiz diameter yang kecil dan ringan, terhindar dari gangguan induktif, pemancaran berkualiti tinggi, kos pemasangan dan operasi yang murah, jangka hayat yang lama dan lebih selamat.
1. LEBAR JALUR YANG LUAS
Gentian optic mempunyai lebar jalur yang luas. Oleh itu, ianya kerap digunakan sebagai antara muka penghantaran terutamanya pada perhubungan jarak jauh yang mempunyai kos ynag terhad. Lebar jalur yang luas membolehkan lebih banyak maklumat dapat dihantar melaluai gentian optik dalam bentuk kumpulan saluran yang banyak.
2. SAIZ DIAMETER YANG KECIL DAN RINGAN
Gentian ini mempunyai saiz sehalus sehelai rambut manusia. Gentian ini disaluti pembalut yang berfungsi sebagai perlindung. Saiz yang kecil membolehkan ianya diselitkan di bawah sdaluran yang saedia ada tanpa memerlukan saluran yang baru. Ianya bukan sahaja mempunyai kos yang murah malah penjimatan dari pengangkutan dan penyimpanan. Oleh itu, ianya lebih mudah dikawal dengan kabel sepaksi.
3. TERHINDAR DARI GANGUAN INDUKTIF.
Penghantaran melalui gentian optik bebas daripada hangar. Ini kerana, gentian optik tidak bersifat seperti antenna yang menerima gangguan frekuensi radio (RFI) dan gangguan elktromegnet (EMI atau EMPS). Gentian optic terhindar dari gangguan disebabkan oleh pencahayaan yang membolehkannya terhindar dari gangguan tenaga elektrik. Oleh itu, ianya dapat beroperasi dalam persekitaran yang terdapat hangar elektrik seperti persekitaran nuclear.
4. PEMANCARAN YANG BERKUALITI TIGGI
Pemancaran yang dihasilkan berkualiti tinggi disebabkan gentian optic terhindar daripada hangar. Gentian ini menghasilkan sistem komunikasi yang berkualiti lebih tinggi berbanding talian penghantaran biasa dan gelombang mikro.
5. KOS PEMASANGAN DAN OPERASI YANG MURAH
Lebar jalur yang luas dan kurang kuasa kehilangan meningkatkan ruang ulangan. Oleh itu, ianya mengurangkan kos modal satah luaran. Semakin ringkas, semakin kurang kuasa diperlukan dan peralatan terminal mempunyai kebolehn yang lebih tinggi. Pemasangan gentian optic lebih mudah berbanding sistem talian penghantaran disebabkan gentian tidak memerlukan kesepadanan, penyejukan atau masalah persekitaran.
6. JANGKA HAYAT YANG PANJANG.
Gentian optic mempunyai jangka hayat yang lama sehigga 20 ke 50 tahun berbanding kabel talian penghantaran lain yang hanya mampu bertahan selama 12 ke 15 tahun sahaja.
7. LEBIH SELAMAT.
Gentian optic lebih selamat digunakan disebabkan hanya gelombang cahaya yang mengalir melaluinya dan bukannya tenaga elektrik. Jika berlaku kerosakan pada kabel gentian optic tiada masalah litar pintas berlaku. Kabel ini juga boleh diperbaiki dalam keadaan semua terminal dihidupkan.
REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK
Kabel gentian optic merupakan paip cahaya yang digunakan untuk membawa gelombang cahaya. Ia dibina berbentuk seutas kaca atau plastik yang panjang dan halus. Salah satu jenis kaca yang digunakan ialah silica. Kabel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Binaannya menggunakan kaca yang jauh lebih bauk berbanding plastik. Namun begitu kaca mempunyai kos yang lebih tinggi dan mudah pecah manakala plastik mempunyai kos yang lebih murah dan lebih fleksibel. Bagi penghantaran jarak jauh, gentian kaca lebih diutamakan tetapi untuk penghantaran jarak dekat, gentian plastik lebih praktikal. Rajah dibawah menunjukkan rekabentuk gentian optik.
Gentian (teras) dikelilingi oleh perlindung. Perlindung juga diperbuat daripada kaca atau plastic tetapi mempunyai indeks biasan yang lebih rendah. Ini juga bertujuan untuk memastikan antara muka yang sesuai dicapai dan gelombang cahaya kekal melalui teras. Selain itu, pelindungan juga bertujuan untuk menambahkan ketahanan teras gentian. Teras gentian kaca dilindungi dengan perlindung kaca dan teras gentian plastic dilindungi dengan perlindung plastic. Kabel ini dipanggil kabel PCS (PLASTIC CLAD SILICA). Pembalut yang digunakan adalah plastic yang berfungsi sebagai penebat luaran.
Kabel gentian optic mempunyai keratan rentas yang bulat dengan diameter kurang seinci. Sesetengah gentian optic mempunyai saiz dimeter seperti sehelai rambut manusia. Sumber cahaya diletakkan dihujung gentian dan cahaya dipancarkan melalui gentian dan keluar melalui hujung kabel yang satu lagi. Cara cahaya merambat melalui gentian bergantung kepada hukum optic.
Bagaimana Fiber Optik Berfungsi?
FIBER optik atau gentian optik merupakan teknologi yang semakin penting dewasa ini yang amat bergantung kepada komunikasi dan perkongsian data antara satu sama lain. Seperti juga fungsinya batang paip yang berfungsi sebagai pembawa air dari satu tempat ke satu tempat, begitu juga dengan talian atau kabel fiber optik yang membawa data dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kabel fiber optik, seluruh dunia kini dapat dihubungkan sama ada untuk komunikasi suara (panggilan telefon) atau menggunakan Internet atau bertukar e-mail dalam masa beberapa saat sahaja.
Apa itu fiber optik?
Pengembaraan maklumat (data) setakat yang kita nampak (contohnya) seperti telefon di rumah. Apabila kita bercakap, satu kabel akan membawa suara itu dari rumah kita kepada ibu sawat telefon yang kemudiannya membawa data itu kepada rumah rakan kita. Kabel yang digunakan dikenali sebagai copper wire (wayar tembaga). Manakala telefon bimbit pula menghantar data menggunakan gelombang radio dan ia dikenali sebagai teknologi wayarles kerana tidak menggunakan kabel. Manakala kabel fiber optik pula menghantar maklumat yang dikodkan dalam pancaran cahaya melalui kabel yang mempunyai talian berbentuk kaca atau plastik. Kabel dengan teknologi ini mulanya dicipta pada 1950-an untuk membantu doktor melihat ke dalam badan manusia tanpa perlu melakukan pembedahan. Pada 1960-an pula, para jurutera mendapat cara untuk menggunakan teknologi yang sama untuk memindahkan panggilan telefon dengan kelajuan cahaya melalui kabel fiber optik ini.
Fiber Optic atau juga dikenali sebagai Gentian Optik merupakan sebuah teknologi yang menggunakan kaca (atau plastik) benang (serat) untuk menghantar data. Sebuah kabel fiber optic terdiri daripada seikat benang kaca yang masing-masing mampu memancarkan mesej diatur ke gelombang cahaya. Gentian optik mempunyai beberapa keunggulan dibandingkan dengan logam tradisional komunikasi baris.
Masalah utama daripada serat optik adalah harga kabel yang mahal untuk pemasangan. Selain itu, ianya lebih rapuh berbanding kawat dan sukar untuk membuat penyambungan.
- Kabel fiber optic mempunyai jauh lebih besar bandwidth daripada kabel logam. Ini bermakna bahawa mereka boleh membawa lebih banyak data.
- Kabel fiber optic kurang terdedah daripada gangguan berbanding kabel logam.
- Kabel fiber optic jauh lebih tipis dan ringan daripada kabel logam.
- Data boleh dihantar secara digital (bentuk alami untuk data komputer) daripada analog.
Masalah utama daripada serat optik adalah harga kabel yang mahal untuk pemasangan. Selain itu, ianya lebih rapuh berbanding kawat dan sukar untuk membuat penyambungan.
Fiber optic adalah teknologi yang sangat popular untuk LAN (Local Area Network). Selain itu, syarikat telefon kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Di masa depan, hampir semua komunikasi akan menggunakan fiber optic. Sudahpun di jalankan oleh Syarikat Telekom Malaysia dengan melancarkan HSBB tetapi masih lagi diperingkat awalan dan hanya di pasang beberapa kawasan di Lembah Klang ianya akan di buat secara berperingkat-peringkat.
Laman Web Unifi teknologi HSBB dari Syarikat Telekom Malaysia
Fiber optic adalah media transmisi yang terbuat dari serat kaca dan plastik yang menggunakan bias cahaya dalam mentransmisikan data. Sumber cahaya yang digunakan adalah laser karena mempunyai spectrum yang sangat sempit. Media transmisi fiber optic sudah menggantikan eranya media copper (tembaga) dengan alasan bahwa fiber optic memiliki kelebihan, yaitu : informasi ditransmisikan dengan kapasitas (bandwidth) yang tinggi, karena murni terbuat dari kaca dan plastik maka signal tidak terpengaruh pada gelombang elektromagnetik dan frekwensi radio. Sementara media tembaga dapat dipengaruhi oleh interferensi gelombang elektromagnetik dan media wireless dipengaruhi oleh frekwensi radio. Dengan kelebihan yang dimiliki ini maka fiber optic sudah banyak digunakan sebagai tulang punggung (backbone) jaringan telekomunikasi.


No comments:
Post a Comment